Kempen
#SaveTheChildrenOfSyria telah dilancarkan pada 31 Mei 2014 dengan kerjasama NGO-NGO di Malaysia seperti Malaysia Life Line For Syria , Mapim , Haluan , Green Project , Global Peace , Massa Malaysia , Road For Peace dan 100 Ngo Asean mewakil Indonesia, pattani, dan beberapa negara lagi.
Kempen ini bertujuan untuk memupuk nilai kesedaran kepada orang ramai terhadap Konflik berdarah di Syria sekaligus membela nasib anak-anak Syria yang teraniaya dan dizalimi tiap hari.
Justeru itu kami mengharapkan rakan-rakan semua dapat menunjukkan solidariti rakan-rakan didalam kempen ini yang di jalankan selama sebulan demi menunjukkan Semangat kita serta keseriusan kita dalam isu Syria dan menentang keras terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Basyar Al-assad terhadap rakyat Syria .Diantara yang dapat anda lakukan:-
Disetiap post anda semua sila sertakan hashtag
#SaveTheChildrenOfSyria kerana apabila kita mengunakan hashtag di setiap post kita ianya mudah dibaca oleh rakan-rakan lain dan org luar melalui hashtag tersebut juga kita mudah untuk menyebarkan segala berita mengenai Syria dengan mudah.